Advertising
Piala FA: Kalamullah Tak Mahu Duka Lawan Penang Berulang
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Penjaga gol utama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi berharap kenangan pahit disingkirkan Penang FC dalam saingan Piala FA 2023 tidak berulang.

Kedah berentap dengan Penang dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2023 pada 8 Mac 2023. Kapten mereka pada ketika itu, Manuel Ott meletakkan Sang Kenari di hadapan pada minit kesembilan.

Ad

Penang kemudiannya bangkit mendahului menerusi Giovane Gomes dan Soony Saad minit ke-22 dan 68. Ott kemudiannya mengheret perlawanan ke masa tambahan menerusi gol penyamaan pada minit ke-90.

Ad

Kedah terpaksa menelan kepahitan apabila disingkirkan menerusi penentuan sepakan penalti. Ini selepas penjaga gol Penang, Shafiq Afifi Suhaimi berjaya menafikan penalti Lee Tuck dan Bojan Ciger.

Meskipun memiliki kelebihan agregat tipis 1-0, Kalamullah berharap rakan-rakan sepasukannya dapat kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

Ad

Ini bagi memastikan apa yang menimpa Kedah musim lalu tidak berulang dalam aksi suku akhir kedua Piala FA 2024.

Ad

“Ya, tahun lepas kita kalah dengan Penang juga. Insya Allah, tahun ini kita akan buat yang lebih baik di depan penyokong sendiri. Kita harap kemenangan milik Kedah,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Bola.

Ad

Kedah memiliki kelebihan tipis 1-0 menerusi jaringan Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-74 yang diraih pada 28 Jun lalu.

Sang Kenari bakal berdepan Harimau Kumbang untuk aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 di Stadium Darul Aman. Kedah mengharapkan sokongan padu 25,000 penyokong untuk aksi ini.