Ads
Piala FA: Kedah Hadapi JDT Tanpa 4 Tonggak Lincah?
Piala FA
KDA FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka bakal hadapi aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa empat tonggak lincah.

Advertisements

Empat pemain Kedah yang dijangka tidak dapat diturunkan dalam aksi tersebut adalah Syafiq Ahmad, Zamri Pin Ramli, Fayadh Zulkifli dan Faiz Nasir.

Advertisements

Umum mengetahui bahawa Syafiq tidak akan dapat diturunkan bertemu JDT memandangkan Syafiq adalah pemain yang dipinjamkan dari JDT sejak awal musim ini dan terikat dengan gentlemen agreement.

Advertisements
Advertisements

Berbeza buat Zamri yang dilaporkan mengalami kecederaan lutut seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

“Pemain yang tidak dapat diturunkan KDA esok (hari ini) Syafiq Ahmad (Berstatus Pinjaman), Zamri Pin Ramli (Kecederaan di bahagian lutut),” kongsi Fadhirul Shuhaimi di laman X.

Advertisements

Manakala status Fayadh Zulkifli dan Faiz Nasir masih menjadi tanda tanya apabila kedua-dua pemain ini berlanggar sesama sendiri ketika sesi latihan Kedah, dua hari lalu.

Advertisements

Namun foto terbaru yang dimuatnaik Kedah di laman sosial memperlihatkan kedua-dua pemain ini sudah mula berlatih di Stadium Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram