Piala FA: Sabah ‘Gugur’ Di Tangan Terengganu 4-0
Piala FA
MakanBola
Terengganu FC / Sabah FC
Advertisements

Pasukan Sabah tewas kepada Terengganu dalam aksi suku akhir Piala FA 2024 yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Terengganu turun tanpa kehadiran pengendali pasukan, Tomislav Steinbrucker dan lapan orang pemain yang terpaksa disisihkan kerana dijangkiti virus Covid-19. Perkhabaran duka itu bagaimanapun tidak menjejaskan aksi positif yang dipersembahkan skuad Sang Penyu berdepan Sabah.

Advertisements

Aksi di separuh masa pertama menyaksikan Terengganu mengganas selepas mendahului Sabah dengan empat jaringan. Gol pembukaan dijaringkan pemain tengah, Manuel Ott selepas gerakan satu dua bersama Safawi Rasid disudahkan Ott untuk jaringan pertama.

Pada minit ke-37 permainan, Ismaheel Akinade menjaringkan gol kedua buat pasukan tuan rumah sebelum Marin Pilj melepaskan satu rembatan kencang sekaligus melebarkan kedudukan untuk jaringan ketiga Terengganu.

Advertisements

Sebelum aksi di babak pertama tamat, Sabah terus hampa apabil Ismaeel Akinade memanfaatkan hantaran daripada Manuel Ott dengan satu percubaan menggegar jaring. Terengganu mendahului aksi dengan keputusan 4-0.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, anak buah Ong Kim Swee dilihat berkali-kali mengatur gerakan untuk mencari gol pertama perlawanan.

Advertisements

Gerakan daripada pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani dan Ramon Machado dari sebelah kanan padang beberapa kali mencemaskan kubu pasukan Terengganu.

Ketangkasan penjaga gol Terengganu, Syed Nasrulhaq dan disiplin bertahan yang ditampilkan pasukan tuan rumah telah menafikan beberapa percubaan Sabah untuk mencetak gol pertama perlawanan.

Advertisements

Biarpun banyak percubaan dan gerakan untuk pasukan Sabah sekurangnya menjaringkan satu gol, Sabah terus buntu mencetak jaringan. Terengganu menghukum Sabah dengan kemenangan bergaya, 4-0.

Aksi kedua suku akhir Piala FA dijadualkan berlangsung pada Sabtu depan, 6 Julai di Stadium Likas.

Advertisements

News Comments Account