Aksi Piala FA hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Selangor menentang Sri Pahang. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan Selangor berjaya atasi Sri Pahang 4-0.
Babak separuh masa pertama bermula dengan banyak serangan berjaya diatur pasukan tuan rumah. Selangor dilihat lebih banyak mendominasi permainan berbanding Sri Pahang.
Pada minit ke-40 permainan, pemain muda Selangor, Mukhairi Ajmal membuka tirai jaringan. Beliau memecah kebuntuan setelah menyempurnakan hantaran daripada rakan sepasukan dengan satu rembatan menggegar jaring.
Sebelum tamat babak pertama permainan, Sri Pahang memiliki peluang keemasan untuk meledak menerusi Kpah Sheerman. Malangnya percubaan akrobatik Kpah sekadar melewati palang.
Separuh masa pertama tamat, Selangor mendahului 1-0 dihadapan.
Separuh masa kedua bermula dengan jaringan kedua berjaya dihasilkan Selangor sekali lagi menerusi Mukhairi Ajmal. Hantaran pendek Quentin Cheng dilepaskan Mukhairi dengan satu rembatan cantik menggegar jaring.
Tak terhenti setakat itu, giliran Faisal Halim mencatat nama sebagai penjaring. Pada minit ke-67 permainan, Faisal memanfaatkan keadaan kucar kacir di bahagian kotak penalti Sri Pahang untuk gol ketiga Selangor.
Pada minit ke-72 permainan, kapten pasukan, Brendan Gan melengkapkan malam gemilang skuad Merah Kuning. Rembatan deras Brendan gagal diselamatkan penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi.
Tiga minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan, Selangor atasi Sri Pahang, 4-0.
Aksi suku akhir, Selangor bakal berdepan Negeri Sembilan. Skuad Jang mara ke Suku Akhir setelah menundukkan cabaran pasukan di saingan Liga M3, PIB FC,