Piala FA: Senarai Aksi Pertama Pusingan 16, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
SABAH FC

Saingan kejohanan berprestij di Malaysia, Piala FA 2026-27 kembali menemui para penyokong menerusi aksi pusingan 16 pasukan terbaik.

Edisi 2025-26 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai juara selepas menewaskan pasukan gergasi Borneo, Sabah, di pentas final.

JDT berjaya menewaskan Sang Badak dengan keputusan 5-0 di TM Stadium Nasional hasil ledakan Jonathan Silva, Rawilson Batuil (GS), Jairo Da Silva, Oscar Arribas dan Manuel Hidalgo pada 14 Disember tahun lalu.

Sementara itu, finalis Piala FA musim 2024-25, Selangor, dan finalis Piala Malaysia 2025-26, Kuching City, turut memberikan saingan hebat sehingga ke peringkat separuh akhir.

Pusingan 16 terbaik bakal menyaksikan 16 kelab terdiri daripada 12 pasukan Liga Super dan 4 wakil Liga A1 Semi-Pro, berentap sengit bagi merebut tempat ke suku akhir. Aksi pertama pusingan ini dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 2 September ini.

Waktu, Lokasi & Siaran TV Piala FA

1- UM-Damansara vs JDT

Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2, Astro GO & Sooka

2 – Perak FA vs KL City

Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 5.00 Petang
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka

3 – Brunei DPMM vs Terengganu

Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Siaran Langsung: Astro Arena 2, Astro GO & Sooka

4 – Kelantan RW vs Kuching City

Tarikh: 1 September 2026 (Selasa)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka

5 – Sabah vs Selangor

Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 7.30 Malam
Venue: Stadium Likas
Siaran Langsung: Astro Arena Bola, Astro GO & Sooka

6 – Melaka vs Penang

Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 Malam
Venue: Stadium Hang Jebat
Siaran Langsung: Astro Arena 2, Astro GO & Sooka

7 – Kelantan City vs Negeri Sembilan

Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2, Astro GO & Sooka

8 – Kedah FA vs Star City

Tarikh: 2 September 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Darul Aman
Siaran Langsung: Astro Arena, Astro GO & Sooka