Majlis Undian Piala FA 2026-2027 bakal menyaksikan sebanyak 16 kelab bersaing untuk merebut trofi edisi ke-36 kejohanan tersebut.
Daripada jumlah itu, empat kelab Liga A1 Semi Pro iaitu Kedah FA, Perak FA, UM Damansara United dan Kelantan City FC akan berentap bersama 12 kelab daripada saingan Unifi Liga Super.
Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut kembali mempertahankan kejuaraan bersama Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC dan Penang FC.
Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC pula melengkapkan senarai 12 wakil Unifi Liga Super yang akan bersaing dalam kejohanan Piala FA bagi edisi kali ini.
Lapan pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2025-2026 di kedudukan pertama hingga kelapan diberikan status ‘seeded’ dan layak secara automatik ke Pusingan 16.
Sementara itu, lapan pasukan lain akan ditentukan melalui undian terbuka bagi menentukan lawan masing-masing di Pusingan 16.
Format pertandingan menyaksikan aksi Pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir berlangsung secara timbal balik sebelum dua pasukan terbaik bertemu pada aksi final.
Senarai penuh 16 kelab yang bakal bertanding ialah JDT, Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC, Melaka FC, Kelantan Red Warrior FC, Kedah FA, Perak FA, UM Damansara United dan Kelantan City FC.
JDT hadir sebagai pasukan pilihan selepas muncul juara Piala FA musim lalu dan pastinya mahu meneruskan penguasaan mereka dalam kejohanan tersebut.
Dengan kehadiran wakil Liga A1 Semi Pro serta kelab-kelab utama Liga Super, saingan Piala FA 2026-2027 dijangka berlangsung sengit untuk menentukan pasukan yang bakal menjulang trofi.