Piala FA
Terengganu
Advertisements

Aksi pusingan 16 saingan Piala FA hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang Melaka FC.

Advertisements

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu tidak berdepan laluan sukar untuk menundukkan cabaran pasukan yang beraksi di Liga M3, Melaka FC.

Seawal minit ke-5 permainan, Terengganu berjaya memecah kebuntuan menerusi Ivan Mamut. Penyerang import berusia 25 tahun itu menyudahkan hantaran Syafiq Ismail dengan satu rembatan kencang menggegar jaring.

Advertisements

Percaturan pasukan pelawat, Melaka FC seakan tidak menjadi. Gerakan yang diatur Melaka mudah disekat benteng pertahanan Terengganu dan tiada sebarang percubaan dihasilkan barisan serangan Melaka dalam babak pertama permainan.

Separuh masa pertama tamat, Terengganu 1-0 Melaka.

Advertisements

Bersambung babak kedua permainan, Skuad Peteh terus menggandakan asakan.

Beberapa pertukaran dibuat pengendali Terengganu, Tomislav jelas membuahkan hasil. Percubaan pertama Safwan Mazlan membahayakan kubu Melaka apabila pemain gantian itu berjaya melepaskan percubaan.

Pada minit ke-70 permainan, kelibat Hakimi Abdullah memastikan malam gemilang buat Terengganu. Hakimi Abdullah mencatat nama sebagai penjaring selepas menewaskan penjaga gol Melaka, Daniel Wafiuddin.

Giliran penyerang import sensasi, Jordan Mintah meledak. Beliau mudah menyumbat masuk bola, menggelecek penjaga gol Melaka sebelum menjaringkan gol ketiga buat Terengganu.

Empat minit masa tambahan dimanfaatkan tuan rumah. Hantaran Engku Shakir disempurnakan Jordan mintah sekaligus memastikan kemenangan bergaya milik Skuad Peteh. Terengganu atasi Melaka dengan keputusan 4-0.

Terengganu secara sah melangkah ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2023 berdepan Kelantan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram