Piala FA: Terengganu Tepati Ramalan, Tewaskan Skuad Jang
Dunia
MFL
Advertisements

Perlawanan tertunda pusingan pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Gong Badak, Terengganu menyaksikan kemenangan berjaya dicipta pasukan tuan rumah. Terengganu FC menang tipis keatas Negeri Sembilan FC dengan keputusan 2-1. 

Gol pertama perlawanan hadir menerusi jaringan sendiri oleh pertahanan Negeri Sembilan FC, Herold Goulan. Pada minit ke-28 permainan, Herold tertampan masuk bola ke gawang NSFC.

Tersentak dengan jaringan tersebut, NSFC kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain import, Omid Nazari. Hantaran Khuzaimi Piee mudah ditanduk masuk oleh Omid.

Advertisements

Selang tiga minit selepas jaringan tersebut, Terengganu FC menggandakan jaringan menerusi penyerang lincah, Faisal Halim. Rembatan deras Faisal pada minit ke-38 permainan gagal diselamatkan penjaga gol NSFC, Syihan Azmi.

Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan Terengganu 2-1 Negeri Sembilan FC.

Menjelang separuh masa kedua perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat cuba mencari jaringan tambahan. Banyak gerakan-gerakan menarik berjaya dicipta namun masih gagal menembusi gawang.

Advertisements

Penyerang Terengganu FC dilihat lebih banyak melakukan percubaan ke gawang Negeri Sembilan disusuli seangan balas yang terhasil pasukan skuad jang.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan buntu untuk mendapatkan jaringan tambahan. Terengganu menang keatas NSFC dengan keputusan 2-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram