Piala Kelab Arab: Cristiano Ronaldo Kuburkan Hasrat Kelab Gergasi Iraq
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo berjaya memacu pasukannya layak ke peringkat akhir Piala Kelab Arab 2023.

Dalam pertembungan antara Al-Nassr dan Al-Shorta di Stadium Sultan Abdul Aziz malam semalam, kelab dari Saudi, Al-Nassr mengesahkan kemaraan ke final apabila menundukkan kelab gergasi dari Iraq, Al-Shorta dengan keputusan 1-0.

Pada minit ke-73 permainan, bintang baru Al-Nassr, Sadio Mane dijatuhkan di dalam kawasan penalti lawan. Pengadil perlawanan yang mengesan kekasaran tersebut telah menghadiahkan sepakan penalti buat Al-Nassr.

Advertisements

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo mudah menyempurnakan sepakan tersebut dengan jaringan sekaligus meranapkan hasrat Al-Shorta untuk meraih kemenangan. Ronaldo menzahirkan kegembiraan dan keterujaannya di Twitter serta mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong.

“Final, kami datang! Satu usaha yang baik. Terima kasih kepada semua penyokong atas sokongan yang menakjubkan. Andalah yang mendorong kami untuk terus maju ke hadapan,” tulis Ronaldo di Twitter.

Setakat lima perlawanan yang ditempuhi Al-Nassr dalam kempen Piala Kelab Arab musim ini, Cristiano Ronaldo cemerlang mencatat empat jaringan.

Advertisements

Kudrat bintang berusia 38 tahun ini semestinya akan terus ditagih pengendali Al-Nassr dalam membawa misi pasukan menjulang piala kejuaraan. Al-Nassr bakal bertemu Al-Hilal di pentas final pada Ahad, 13 Ogos kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram