Advertisement
Piala Malaysia: KL City Hampakan Kedah, Lolos Ke Suku Akhir
Piala Malaysia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Perlawanan malam ini menyaksikan KL City menewaskan Kedah Darul Aman untuk mara ke suku akhir saingan Piala Malaysia di Cheras. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. KL City turun dengan kekurangan satu jaringan selepas tewas pada aksi pertama di Alor Setar, Kedah.

KL City membuka jaringan pertama seawal 13 minit aksi menerusi sepakan percuma yang cemerlang daripada ketua pasukan, Paulo Josue. 

Selang enam minit permainan, giliran Jovan Motika menjaringkan gol kedua KL City selepas mudah menerima lorongan bijak daripada Brendan Gan.

Sebelum aksi separuh masa pertama tamat, pemain tengah KL City, Ryan Lambert menggandakan jadingan ketiga pasukan.

Peluang terbaik Kedah hadir menerusi Sony Norde pada minit ke-69 permainan, namun sepakan deras berjaya diselamatkan oleh penjaga gol KL City, Azri Ghani.

Pada minit ke-72 permainan, pemain yang baharu saja digantikan, Milos Gordic membuka jaringan pertama Kedah menerusi tandukan deras  sekaligus mengurangkan jumlah agregat gol.

Tiga minit sebelum tamat aksi, Zhafri Yahya cemerlang menjaringkan gol keempat KL City sekaligus menutup peluang Kedah untuk mara. KL City benam Kedah 4-1.

Selepas ini, KL City akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi pusingan suku akhir saingan Piala Malaysia.