Piala Malaysia: Melaka United Ikat KL City Di Cheras
Dunia
melakaunitedfc
Advertisements

Pertembungan separuh akhir malam ini menyaksikan pasukan KL City FC melayan kunjungan Melaka United FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Perlawanan bermula rancak seawal minit kelapan permainan apabila sepakan percuma daripada Adriano menatijahkan gol pembukaan buat pasukan Melaka United FC malam ini. 

Serangan demi serangan dilancarkan oleh pasukan pelawat. Rembatan deras dari luar kotak oleh pemain tengah Melaka, Manuel Ott hampir memberi jaringan kedua buat pasukannya. 

Advertisements

Pada minit ke-26 permainan, pasukan tuan rumah berjaya merapatkan kedudukan melalui tandukan kemas  yang mudah disempurnakan oleh Zhafri Yahya selepas menerima hantaran lintang daripada ketua pasukan KL City, Paulo Josue. 

Separuh masa pertama tamat, KL City FC 1-1 Melaka United.

Selang 10 minit permainan pada separuh masa kedua, pasukan pelawat hampir menggandakan jaringan apabila sepakan kaki kiri Giovane tersasar di sebelah kiri gawang gol. Kedua-dua buah pasukan ketika ini cuba untuk memberikan tekanan yang tinggi untuk menguasai permainan. 

Advertisements

Kedudukan mendebarkan pada minit ke-59 permainan apabila percubaan berani dari luar kotak oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia, Romal Morales. Namun, percubaan pemain itu berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi.

Pada minit ke-80 permainan, penyerang KL City, Romel Morales sekali lagi gagal menyempurnakan peluang terbaik yang dimilikinya. Hantaran kemas daripada Akram Mahinan tidak dapat disudahkan Romel.

Kedua-dua pasukan dilihat mencuba mencari jaringan tambahan. Namun, tiga minit masa tambahan tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan kekal dengan keputusan KL City FC 1-1 Melaka United.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram