Piala Malaysia: Sabah Hampir Dimalukan Kelantan Di Kota Bharu
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC turun bertemu dengan Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Malaysia 2021. Kelantan FC bagaimanapun terikat 2-2 dengan Sabah FC sekali gus kedua-dua pasukan masih mencari kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia 2021.

Kelantan FC turun dengan formasi 4-2-3-1 dengan menurunkan Ismail Ibrahim sebagai penyerang utama bagi menggantikan Nurshamil Abdul Ghani yang tercedera dalam perlawanan yang lalu. Sabah FC pula menggunakan formasi 3-4-3 dan meletakkan pemain muda, Naem Harith selaku penyerang tengah pasukan.

Penguasaan bola pada separuh masa pertama jelas memihak pasukan Kelantan FC yang kerap memegang bola namun Sabah FC lebih banyak melakukan percubaan ke gawang gol apabila pertahanan Kelantan beberapa kali berjaya dilepasi pemain Sabah FC.

Advertisements

Namun insiden bola terkena tangan Zubir Azmi didalam kotak penalti Kelantan FC memberikan peluang kepada Sabah FC untuk menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi sepakan penalti oleh Risto Mitrevski pada minit ke 31.

Kelantan FC kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain Indonesia, Ringo pada minit ke 39 perlawanan. Ringo mudah melakukan chipping untuk menerjah gawang akibat kesilapan penjaga gol Sabah FC, Rendy yang gagal melakukan clearance diluar kawasan kotak penalti.

Advertisements

Bermula separuh masa kedua, Sabah hampir meraih gol menerusi percubaan Naem Harith yang menerima hantaran Park Tae Su namun bola hanya melepasi gawang gol. Kelantan turut mempunyai peluang keemasan melalui percubaan luar kotak penalti oleh Haziq Subri tetapi bola berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sabah FC.

Kelantan FC berpeluang meraih sepakan penalti namun tiada sebarang sepakan penalti diberikan oleh pengadil malah permainan diteruskan walaupun Ummareng melakukan terjahan keatas Ismail Ibrahim sehingga pemain tersebut tidak dapat meneruskan permainan dan terpaksa digantikan.

Advertisements

Haziq Subri bagaimanapun menghadiahkan gol kedua Kelantan FC apabila percubaan Ringo yang terkena tiang gol melantun tepat ke arah pemain itu. Haziq mudah merobek gawang gol Sabah FC pada minit ke 70 permainan.

Ketika perlawanan seakan-akan memihak kepada pasukan Kelantan, Sabah FC kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Risto setelah pemain Kelantan FC, Yusri melakukan kekasaran keatas Thanabalan.

Advertisements

Kelantan FC mempunyai beberapa percubaan yang berbahaya  namun tiada sebarang gol dapat dihasilkan. Dominasi jelas dimiliki pasukan Kelantan FC namun 2 sepakan penalti Sabah FC menghalang The Red Warrior untuk meraih 3 mata berharga.

Tamat perlawanan, Kelantan FC terikat 2-2 dengan Sabah FC. Kelantan meraih mata pertama manakala Sabah pula kini mempunyai 2 mata dalam Kumpulan D Piala Malaysia 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram