Piala Malaysia: Selangor Bawa Bekalan Selesa Tumbangkan Terengganu
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Pertembungan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Selangor menentang Terengganu berkesudahan dengan kemenangan memihak pasukan tuan rumah.

The Red Giants bermula dengan cukup baik di hadapan puluhan ribu penyokong setia pasukan.

Namun begitu, anak didik Tan Cheng Hoe tersentak apabila pasukan pelawat memperoleh jaringan awal menerusi sepakan percuma kapten pasukan, Kipré Tchétché pada minit ke-20.

Advertisements

Terengganu berpeluang menambah jaringan menerusi gerakan Faisal Halim namun rembatan Kpah Sherman dihalang benteng Selangor.

Selangor kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penjuru Mukhairi Ajmal ditanduk masuk oleh Tetteh Ankrah sebelum penyerang import pasukan, Herlison Caion meletakkan semula pasukan di hadapan 2-1.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menambah derita pasukan pelawat apabila pertahanan kental, Sharul Nazeem Zulpakar menjaringkan gol ketiga pasukan.

Advertisements

Terengganu cuba bangkit daripada ketinggalan namun percaturan ampuh di laman sendiri oleh Cheng Hoe berjaya menyekat kemaraan mereka.

Keputusan ini kekal hingga ke wisel penamat sekaligu menyaksikan Selangor membawa bekalan selesa ke Gong Badak bagi aksi timbal balik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram