Piala Malaysia: Selangor ‘Titik’ Perak, Raih Kemenangan Pertama Di Halaman Sendiri
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Perlawanan pertama Selangor FC dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menang keatas Perak FC 1-0. Perlawanan pembuka tirai dalam saingan Kumpulan 3 hari ini menyaksikan Selangor FC melayan kunjungan Perak FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Selangor FC yang turun mempertaruhkan formasi 4-1-4-1 dilihat lebih cemerlang dalam mengatur serangan ke kubu lawan. Peluang pertama hadir pada minit ke-24 permainan untuk Selangor FC mencetak gol namun sepakan kencang Ifedayo tersasar.

Peluang terbaik dimiliki Perak FC pada minit ke-28 menerusi Nana Poku namun tindakan menyelamat Khairul Azhan berjaya menidakkan sepakan leret Nana Poku. Selang 2 minit selepas itu, Nana Poku sekali lagi mensiakan hantaran daripada Marchell apabila beliau gagal menolak bola masuk ke dalam gawang gol.

Advertisements

Kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang seimbang di separuh masa pertama. Namun masih tiada jaringan pembukaan yang dihasilkan. Babak pertama tamat, Selangor FC 0-0 Perak FC.

Babak kedua bermula dengan beberapa asakan ditujukan ke gawang lawan. Banyak gerakan-gerakan menarik dihasilkan Selangor FC yang tampak lebih yakin dan konsisten ketika menyerang di awal separuh masa kedua perlawanan.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada saingan Liga Super tempoh hari dimana Selangor FC menang keatas Perak FC 3-0.

Advertisements

Percubaan menarik pada minit ke-58 menerusi Ahmad Danial Asri hampir sahaja menewaskan Azri Ghani namun malangnya percubaan pemain muda itu tersasar.

Pada minit ke-77 permainan, Sean Selvaraj telah diasak dan dijatuhkan pertahanan Perak FC di dalam kotak penalti. Sepakan penalti diberikan dan Ifedayo mudah menyempurnakan sepakan itu. Selangor FC mendahului Perak FC 1-0 pada minit ke 79.

Beberapa asakan dan percubaan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan namun tidak menatijahkan jaringan. Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Selangor FC menang tipis menewaskan Perak FC 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram