Piala Malaysia: Sentuhan Magis Faisal Halim Pacu Cabaran Terengganu FC
Blog
Terengganu FC
Advertisements

Pertembungan suku akhir dalam saingan Piala Malaysia 2021 hari ini menyaksikan Terengganu FC melayan kunjungan Sarawak United FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berakhir dengan kemenangan kepada tuan rumah, 2-1.

Pemain sayap lincah, Mohd Faisal Halim berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke-17 permainan apabila rembatan kencang dari luar kotak penalti Faisal berjaya menewaskan penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee.

Gol yang dihasilkan Faisal itu sekaligus meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak tempatan dalam saingan Piala Malaysia 2021 ketika ini. Pemain yang berusia 23 tahun itu berjaya menghasilkan sebanyak 5 jaringan gol setakat ini dalam membantu Terengganu FC.

Advertisements

Pada minit ke-22 permainan, Sarawak United kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri pertahanan Terengganu FC. Hantaran lintang pemain sayap pasukan pelawat itu ditempias masuk Shahrul Nizam ke dalam gawang tuan rumah.

Babak pertama tamat, Terengganu FC 1-1 Sarawak United FC.

Babak kedua perlawanan terus diserikan dengan gol Faiz Nasir. Pemain bertubuh kecil itu berjaya menyumbat masuk hantaran daripada Jordan Mintah apabila keadaan kucar kacir berlaku dikawasan Sarawak United. Gol tersebut sekaligus meletakkan tuan rumah dihadapan, 2-1.

Advertisements

Sebelum tamat perlawanan, Lee Tuck berjaya melepaskan satu rembatan cantik menerusi sepakan percuma. Malang sekali, percubaan itu terkena palang.

Masa tambahan yang diberikan pengadil tidak berjaya mengubah keputusan perlawanan. Jaringan Faisal Halim dan Faiz Nasir sekaligus memastikan Terengganu FC menang 2-1 keatas Sarawak United FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram