Advertising
Piala Malaysia: Sri Pahang Tangguh Seketika Niat Sabah Ke Final
MakanBola
SPFC/SFC

Sabah FC membawa bekalan tipis selepas mengikat Sri Pahang dengan keputusan 1-1.

Aksi di Likas bermula baik oleh pasukan pelawat yang hadir menerusi siri gerakan cantik menerusi bahagian sayap.

Perjuangan Sabah tidak terhenti dengan kesilapan pertahanan Sri Pahang dihukum menerusi jaringan awal oleh Stuart Wilkin pada minit ke-9.

Ad

Usaha anak buah Fandi Ahmad mencari gol penyamaaan pada babak pertama berakhir dengan kebuntuan.

Ad

Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Martin Stano terselamat selepas serangan balas pantas Sri Pahang terbantut setelah Sergio Aguero hilang kawalan bola.

Ad
Ad

Sri Pahang menyamakan kedudukan hasil gerakan cantik yang dimulakan oleh Hidalgo sebelum Aguero memberikan hantaran cantik yang disudahkan oleh Kpah Sherman.

Ad

Hidalgo pula dilayangkan kad merah susulan terjahan keras ke atas Dominic Tan pada minit ke-66.

Tambahan masa 4 minit tidak mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi timbal balik kedua akan berlangsung di Temerloh pada 2 Februari 2025 bagi menentukan slot ke pentas akhir.