Piala Malaysia: Sri Pahang ‘Terkulai’ Dimalukan Sarawak United di Darul Makmur, Jaringan Saat Akhir Jadi Perhatian
Dunia
MFL
Advertisements

Sri Pahang perlu menelan ‘pahit yang tajam’ setelah tewas 1-2 kepada Sarawak United sekaligus terlepas peluang layak ke pusingan kalah mati siangan Piala Malaysia 2021 kumpulan A.

Lebih menyedihkan kekalahan ini berlaku di halaman sendiri dan selepas beraksi cemerlang menewaskan Penang FC dalam dua aksi sebelum ini.

Walaupun menyajikan corak permainan yang baik, kekuatan pasukan pelawat mengimbangi serangan bertali arus Sri Pahang menghukum tuan rumah.

Advertisements

Sri Pahang bermula baik menerusi jaringan Kenny Athiu pada minit ke-14 menerusi tandukan berbisanya menewaskan Sharbinee Allawee.

Walaubagaimanapun selang 15 minit kemudian, Sandro da Silva menghukum kealpaan pertahanan Sri Pahang setelah berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan derasnya menewaskan Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-31 menjadikan kedudukan 1-1 menuju masa rehat separuh masa pertama.

Abdul Rahim Abdul Razak menjadi wira buat pasukan Sarawak United setelah berjaya menjaringkan gol pada saat-saat akhir perlawanan sekaligus membawa pasukan Sarawak United ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia 2021.

Advertisements

Kuala Lumpur City dan Sarawak United mengesahkan kemaraaan ke pusingan seterusnya dalam siangan Piala Malaysia kumpulan A dengan masing-masing mengumpul 11 dan 10 mata selepas 5 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram