Piala Malaysia: Terengganu & Selangor Gah Ke Separuh Akhir

Herlison Caion Piala Malaysia: Terengganu & Selangor Gah Ke Separuh Akhir
Foto: Selangor FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia 2022 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Selangor dan Terengganu yang melayan kunjungan KL City di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selangor dan Terengganu berjaya mengenepikan lawan masing-masing sekaligus mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir. 

Pasukan Negeri Sembilan terpaksa akur dengan keputusan seri apabila Selangor mengikat NSFC 2-2. Ledakan berbisa Herlison Caion dan Yazan Al Arab memastikan gergasi Merah Kuning menang dengan agregat 4-2. 

Skuad kendalian Nafuzi Zain, Terengganu FC pula mudah menundukkan KL City di laman sendiri. Skuad peteh menang bergaya hasil jaringan Manuel Ott, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman. Terengganu menang keatas KL City dengan agregat 4-1. 

Terengganu dan Selangor bakal bertembung dalam aksi pertama separuh akhir dalam misi melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia 2022.