Advertisement
Piala Malaysia: Terengganu & Selangor Selangkah Ke Separuh Akhir
Dunia
MakanBola
KL City

Aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City menentang Terengganu dan pasukan Selangor yang melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. 

Terengganu dan Selangor berjaya mencatat kemenangan selepas mengenepikan lawan masing-masing.

Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain berjaya menjaringkan gol menerusi penyerang import sensasi, Kpah Sherman. Jaringan tunggal Kpah di awal permainan memastikan Terengganu menang bergaya di laman lawan.

Pasukan Selangor pula berjaya memanfaatkan kelebihan tuan rumah apabila cemerlang mencatat kemenangan 2-0 mengatasi Negeri Sembilan. Penyudah berbisa, Herlisan Caion menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 permainan dan Alif Haiqal menjaringkan gol pada babak akhir permainan.

Aksi suku akhir kedua dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 12 November 2022. Negeri Sembilan akan turun menantang Selangor di Stadium Paroi sementara aksi Terengganu dan KL City bakal diadakan di stadium keramat skuad peteh, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.