Advertising
Piala MFL: Gol Lewat Selangor Buat Kelantan DN Hampa
MakanBola
Selangor FC

Perlawanan Piala MFL pada Selasa menyaksikan Selangor menewaskan Kelantan Darul Naim hasil jaringan lewat di masa kecederaan.

Pertemuan di Stadium UiTM Shah Alam ini dilihat menarik apabila Selangor dan Kelantan DN ketika ini masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga carta Piala MFL ketika ini.

Walau bagaimanapun, skuad muda Gergasi Merah ini miliki kelebihan 2 mata dan 1 perlawanan dalam tangan berbanding Kelantan DN yang dikendalikan oleh bekas pemain, Khairan Eroza.

Ad

Dua tonggak import, Alex Agyarkwa dan juga Omid Musawi menjadi taruhan oleh jurulatih Selangor, Abdifitaah Hassan manakala barisan pemain Kelantan DN diketuai oleh Asraff Aliffuddin.

Ad

Aksi berlangsung sengit di sepanjang babak pertama dengan tuan rumah lebih banyak melakukan percubaan ke arah kubu Kelantan yang dikawal oleh Nik Muhamad Atiq namun masih buntu.

Pasukan pelawat sesekali mengatur serangan dan memberi ancaman menerusi gerakan Amirul Shafik dan juga Asraff yang hampir mengundang gol pembukaan buat Kelantan.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-0 Kelantan.

Ad

Bersambung babak kedua, Selangor yang mahu memburu 3 mata bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu, JDT II terus melancarkan asakan menerusi gerakan Haykal Danish.

Jaringan yang dicari akhirnya muncul ketika masa tambahan apabila pemain gantian, Abdul Rahman Daud menceriakan kem tuan rumah dengan gol tunggal perlawanan.

Aksi di Stadium UiTM, Shah Alam berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Selangor.

Kemenangan berharga ini memastikan Selangor dipisahkan hanya dengan satu mata di belakang pendahulu carta, JDT II dengan masih berkelebihan satu perlawanan.