Aksi pertemuan antara JDT dan PDRM dalam kancah Piala MFL berakhir dengan keputusan seri 1-1.
JDT turun dengan misi 3 mata bagi mengejar kedudukan pendahulu liga, Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Najmudin Akmal, Aysar Hadi, Daryl Sham, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin.
PDRM juga mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman seperti Jacque Faye, Fauzi Majid dan Nnabuike Chukwu.
Nnabuiky Chukwu membuka tirai jaringan buat PDRM apabila menjaringkan gol pada minit ke-16 permainan melalui sebuah rembatan kencang.
Aksi rancak dipamerkan kedua-dua pasukan apabila saling menyerang dan melakukan beberapa percubaan berbahaya.
JDT kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain pertahanan, Adam Nor Azlin pada minit ke-40.
Separuh masa kedua turut dihiasi beberapa asakan berbahaya oleh kedua-dua pasukan terutamanya pada minit-minit terakhir permainan namun tiada gol yang dapat dihasilkan.
Tamat perlawanan, JDT mencatat keputusan seri 1-1 menentang PDRM dan kini JDT berada ditangga kedua dengan 11 mata manakala PDRM ditangga keempat dengan 9 mata.