Ads
MFL
KL City FC

Skuad KL City FC Extension membuka kempen Piala MFL dengan kemenangan apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B 3-0.

Advertisements

Beraksi di Stadium Darul Aman, skuad muda Kedah B yang dibimbing Mohammad Khairul Ismail dilihat pasukan pilihan bila menentang pasukan Lembah Klang itu.

Advertisements

Dan kelebihan itu cuba dimanfaatkan sebaik perlawanan bermula. Sang Kenari berusaha mendapatkan gol awal menerusi kapten dan penyerang mereka, Afeeq Iqmal Rosli.

Advertisements

Advertisements

Malangnya, setiap serangan yang direncana tuan rumah digagalkan barisan pertahanan pelawat diketuai kapten, Khairul Naim Zainal Abidin.

Sebaliknya, pelawat membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah, Amreel Iqbal Hafiz pada minit ke-33.

Advertisements

Tersentak, tuan rumah berusaha mendapatkan gol penyamaan. Kecekapan penjaga gol import dari New Zealand, Lawton Green memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, KL City Extension terus meningkatkan tekanan ke atas gawang Sang Kenari yang dikawal penjaga gol, Muhamad Norfahmi Muhamad Zaki.

Kecekapan Norfahmi mengawal gawang memaksa skuad muda The City Boys perlu menunggu sehingga minit ke-78 untuk gol kedua menerusi pemain gantian, Aqil Asraaf Noor Azahar.

Seorang lagi pemain gantian, Shahrul Aikal Mohd Nasir melengkapkan kecemerlangan KL City Extension dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke-90. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan KL City Extension menduduki tangga ketiga Piala MFL di belakang pendahulu, Selangor FC II dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II. Sementara Kedah B pula menduduki tangga ke-11 selepas satu perlawanan.

Advertisements

Selepas ini, The City Boys bakal berdepan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk aksi seterusnya pada 27 Mei. Manakala Kedah B pula akan menentang Penang FC pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram