Piala MFL: Perak Mangsa KL City Akhiri Kemarau Kemenangan
MakanBola
Perak Football Club

KL City berjaya menewaskan Perak 2-0 untuk meraih 3 mata berharga dalam aksi Liga Juara Piala MFL di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Perak menurunkan Bryan See selaku penjaga gol pasukan dan lilitan kapten disarung oleh Kamal Arif untuk perlawanan ini manakala KL City menagih kudrat Julian untuk posisi penjaga gol.

Perlawanan bermula seimbang antara kedua-dua pasukan yang saling mengatur gerak serangan dalam mencari gol pertama perlawanan.

Namun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan untuk aksi separuh masa pertama.

KL City akhirnya meraih jaringan pertama menerusi Khairi Suffian pada minit ke-61 yang merembat masuk bola setelah berlaku perebutan bola dihadapan gawang gol Perak.

Gol kedua pula hadir hasil sepakan percuma Nashran Elias pada minit ke-88 sekaligus menutup peluang buat pasukan Perak untuk bangkit.

KL City berjaya mencatatkan 9 percubaan manakala Perak pula melakukan 7 percubaan ke arah gawang gol dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Kl City menewaskan Perak 2-0 untuk memintas pasukan Perak dalam saingan Piala MFL.

KL City kini meraih kemenangan pertama setelah 7 perlawanan dan kini mengumpul 7 mata manakala Perak pula 5 mata.