MFL
Perak FC
Advertisements

Selangor FC memastikan mereka kini menduduki tangga kelima Liga Juara Piala MFL selepas membelasah Perak FC II 4-0 di Stadium UiTM hari ini.

Advertisements

Biarpun perlawanan hari ini perlawanan tertunda, kemenangan penting bagi kedua-dua pasukan.

Ini kerana kemenangan hari ini dilihat mampu merapatkan jurang mereka dengan Sri Pahang FC yang menduduki tangga keempat ketika ini.

Advertisements

Tuan rumah yang diperkuat dua awang import iaitu Rauf Salifu dan Richmond Ankrah membuka tirai jaringan pada minit ke-12 menerusi Harith Haiqal Adam Afkar.

Enam minit kemudian, penyerang Ghana itu menambah gol kedua Merah Kuning. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, The Bos Gaurus yang dibimbing Chan Wing Hoong cuba bangkit.

Malangnya, mereka semakin ketinggalan menerusi rembatan rendah penyerang skuad B-23 negara, Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-49.

Pemain tengah muda, Adam Haikal Hafizol menceriakan bangku Selangor dengan gol jarak jauh pada minit ke-57.

Perak II berusaha merapatkan jurang dengan membuat beberapa pertukaran tetapi tidak berhasil. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Selangor berada di tempat kelima dengan enam mata, satu mata di belakang Sri Pahang. Manakala Perak II pula jatuh ke tangga keenam.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram