Piala MFL: Selangor & PDRM Sama Kuat
MFL
PDRM FC
Advertisements

Skuad muda Selangor dan PDRM masing-masing mengutip satu mata dalam aksi di Piala MFL hari ini.

Beberapa nama yang sebelum ini membarisi skuad utama Selangor turut diturunkan bagi memperkuat skuad kendalian Abdifitaah Hassan malam ini.

Pada babak separuh masa pertama, Selangor berjaya memecah kebuntuan terlebih dahulu apabila mencetak jaringan pembukaan seawal minit ketujuh permainan. Gol tersebut terhasil menerusi ledakan daripada pemain B23 kebangsaan, Alif Izwan Yuslan.

Advertisements

Pada aksi separuh masa kedua permainan, PDRM berjaya menjaringkan gol penyamaan sebelum tamat aksi.

Jaringan Jacque Faye pada minit ke-75 permainan memastikan PDRM mengutip satu mata di laman sendiri.

Perlawanan tamat, PDRM 1-1 Selangor.

Advertisements

Selangor kini menghuni tangga keempat liga selepas tujuh perlawan dengan mengutip 10 mata sementara PDRM di tangga keenam liga juga dengan 10 mata, hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram