Piala MFL: Terengganu Benam Cabaran PDRM

Jordan Mintah PDRM Piala MFL Terengganu FC II Piala MFL: Terengganu Benam Cabaran PDRM
Terengganu FC II
Hakim Johari @HakimJohari4
7:32pm 15/10/2023

Terengganu meneruskan rekod tanpa tewas apabila berjaya menewaskan PDRM 2-1 dalam saingan Piala MFL.

Kelibat 3 pemain senior hadir memperkuatkan pasukan Terengganu iaitu Ubaidullah Shamsul, Syahmi Zamri dan juga Jordan Mintah.

Nama Hadi Fayyadh pula memenuhi kesebelasan utama PDRM bagi memburu gol dalam perlawanan ini.

Penyerang berpengalaman, Jordan Mintah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan untuk Terengganu apabila menjaringkan gol pada minit-6 permainan.

Terengganu berjaya mendominasi perlawanan ini dan menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan tunggal Jordan Mintah.

Bersambung babak kedua, giliran Syahmi Zamri pula mencetak nama selaku penjaring apabila menyumbang gol kedua pada minit ke-48.

PDRM berjaya meraih gol saguhati pada masa tambahan menerusi pemain tengah, Jacque Faye.

Tamat perlawanan, Terengganu menewaskan PDRM 2-1 dan meraih 3 mata berharga dalam saingan Piala MFL untuk meneruskan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan.