Advertising
Piala MFL: Terengganu Curi 3 Mata Dari JDT
MakanBola
Terengganu FC II

Hajat Johor Darul Ta’zim (JDT) II kembali meraih kemenangan terbantut apabila tewas 1-0 kepada juara Piala MFL 2023, Terengganu FC II.

JDT II berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas diikat 1-1 dengan Negeri Sembilan FC pada 26 November lalu. Terengganu turut memburu misi sama selepas diikat 2-2 dengan Sri Pahang FC pada tarikh yang sama.

JDT II diperkuatkan dengan kehadiran bek kiri Brazil, Murilo Henrique. Penjaring terbanyak Terengganu II, Nnabuike Chijioke Chukwu terus menjadi sandaran gol pasukan itu.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan JDT II berusaha mencari kelebihan gol awal menerusi penjaring terbanyak Piala MFL, Gabriel Nistelrooy, Aiman Danish Abdul Azim dan Danish Syamer Tajuddin.

Ad

Ini memaksa barisan pertahanan skuad muda Peteh diketuai kapten, Syafiq Danial Mohd Romzi bekerja keras menafikan setiap asakan mereka.

Pengendali JDT II, Juan Miguel Munoz Rodriguez kemudiannya terpaksa melakukan pertukaran awal pada minit ke-29. Beliau memasukkan Muhammad Danish Mohamad Zahir menggantikan Muhamad Alif Abdul Mutalib.

Ad
Ad

JDT II terus berusaha memberi tekanan ke atas kubu pertahanan Terengganu II tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Munoz Rodriguez memasukkan Rafiefikri Rosman untuk memantapkan barisan pertahanan skuad muda Harimau Selatan.

Meskipun beraksi di Stadium Pasir Gudang, kelebihan tersebut gagal membantu JDT II memecah kebuntuan perlawanan.

Pengendali Terengganu II, Haris Safwan Kamal memasukkan Daniel Shafik Mohamad dan Mohamad Khalaif Naskam untuk membantu pasukan Pantai Timur itu memburu gol.

Skuad muda Peteh kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-79. Ini selepas pengadil, Mohd Sarif Tahir mengarahkan Ahmad Azraf Azam keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua.

Kelebihan 11 pemain yang dimiliki JDT II gagal dimanfaatkan untuk menembusi gawang Terengganu II. Tatkala perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Khalaif muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-96.

Keputusan ini menyaksikan JDT II kekal mendahului dengan 34 mata. Terengganu II pula meraih 27 mata di tangga keempat Piala MFL.

Selepas ini, JDT II akan menentang PDRM FC di Selayang pada 15 Disember. Terengganu II pula akan menentang Perak FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada hari yang sama.