Ads
MFL
Terengganu FC II

Terengganu FC II terus dominan sebagai pendahulu Liga Juara Piala MFL selepas mengatasi cabaran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B hari ini.

Advertisements

Skuad yang dibimbing bekas penyerang negara, Hairuddin Omar itu mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.

Advertisements

Sementara Kedah B pula memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara Piala MFL biarpun sedar berdepan tugas sukar menentang ubi muda Peteh.

Advertisements

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Terengganu II banyak mendominasi peluang perlawanan. Begitupun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-39 menerusi gol Muslihuddin Atiq Mohd Zaid.

Bersambung pada babak kedua, Sang Kenari terus berusaha mendapatkan gol penyamaan. Gol yang dicari akhirnya hadir pada minit ke-57 menerusi penjaring terbanyak mereka, Ebenezer Assifuah.

Advertisements

Assifuah mudah menyempurnakan sepakan penalti yang menewaskan penjaga gol Penyu, Nazul Izamil Zulkifli.

Bagaimanapun, keceriaan pelawat tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Rizuan Muda mudah menolak hantaran kapten Aqil Irfanuddin Mohd Sabri untuk gol kedua pada minit ke-61.

Ini mendorong jurulatih Kedah B, Rosle Md Derus membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat mengikat Terengganu II.

Malangnya, hasrat mereka itu tidak kesampaian dan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini membolehkan Terengganu II kekal bertakhta di persada Liga Juara Piala MFL dengan 16 mata. Manakala Kedah B pula terus terperosok di tangga tercorot.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram