Dunia
Terengganu FC II
Advertisements

Pertembungan aksi Piala MFL antara pasukan Sri Pahang dan Terengganu FC menyaksikan keputusan berakhir dengan seri 0-0 sekaligus menyaksikan Terengganu selesa ke final Piala MFL.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

Pada babak pertama, Terengganu dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi beberapa asakan pantas untuk menembusi gawang lawan.

Advertisements

Ketangkasan penjaga gol Sri Pahang, Amir Haikal menafikan beberapa peluang keemasan membantu tuan rumah tidak dibolosi awal.

Aksi babak pertama tamat 0-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Sri Pahang tampil lebih gagah untuk mengasak kubu lawan namun kekebalan benteng yang dikemudi oleh Firdaus Rusdi dan penjaga gol, Syed Irfan menyukarkan usaha tersebut.

Isa Raman dan Aqil Idham hampir meletakkan pasukan pelawat di hadapan namun percubaannya berjaya dihalang Amir Haikal.

Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal dengan jaringan selepas beberapa kecederaan terjadi pada akhir permainan.

Terengganu kini mengumpul 17 mata selepas 7 perlawanan manakala Sri Pahang berjaya mencuri satu mata untuk menjadikan mata akhir kepada 11 mata sekaligus membantu anak buah Hairuddin Omar melangkah ke pentas akhir berdepan JDT.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram