Malaysia bakal berdepan cabaran Afrika Selatan dalam pusingan crossover Piala Negara-Negara 2025 untuk penentuan tempat kelima hingga kelapan.
The Speedy Tigers terlepas peluang mara ke separuh akhir kejohanan meskipun menewaskan Jepun 2-1 di Stadium Hoki Bukit Jalil.
Ini kerana musuh tradisi Malaysia, Pakistan memiliki kelebihan gol yang lebih baik dalam Kumpulan B berbanding anak buah Sarjit Singh.
Susulan itu, Pakistan mengiringi juara kumpulan, New Zealand ke peringkat separuh akhir. Pakistan akan menentang juara Kumpulan A, Perancis dengan The Black Sticks berdepan cabaran Korea Selatan.
Selepas mendapat tempat ketiga Kumpulan B, The Speedy Tigers akan menentang pasukan keempat Kumpulan A, Afrika Selatan. Jepun pula akan menentang Wales dalam satu lagi aksi crossover.
Pemenang dua aksi crossover itu akan berentap untuk penentuan tempat kelima dan keenam. Pasukan yang tewas pula akan bersaing untuk penentuan tempat ketujuh dan kelapan.
Kali terakhir Malaysia berentap dengan Afrika Selatan ialah Piala Dunia Hoki 2023. Skuad negara tewas 6-3 kepada pasukan Afrika itu di Rourkela, India.
Kemenangan ke atas Ama Stokke Stokke dilihat bukan saja berpotensi memberi suntikan moral kepada anak buah Sarjit. Malah, ia dilihat mampu membantu Malaysia memperbaiki kedudukan ranking semasa.