Pertandingan Piala Presiden & Piala Belia 2021 Dibatalkan
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi menjelaskan pembatalan Piala Presiden dan Piala Belia untuk saingan bola sepak musim 2021.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan hal ini dilakukan setelah mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 di Malaysia yang masih tidak stabil.

“.. selepas mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kedua-dua pertandingan ini.” Jelas Stuart Ramalingam di Facebook FAM.

Advertisements

“Keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran kedua-dua pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).”

Beliau turut menjelaskan tahap vaksinasi 2 dos dalam kalangan pemain kedua-dua liga ini yang rendah juga menjadi salah satu faktor keputusan ini dibuat dan tidak mahu memberikan risiko keselamatan kepada pihak terlibat termasuklah pemain.

Advertisements

“Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM bukan saja bertanggungjawab untuk pembangunan bola sepak dan penganjuran pertandingan tetapi perlu juga mengambil kira beberapa perkara lain terutama soal keselamatan dan kesihatan pemain yang terlibat dalam lingkungan pemain muda di bawah usia 22 tahun dan usia 19 tahun.”

“Di samping itu juga, beberapa perkara penting di dalam penyediaan SOP dilihat masih belum cukup untuk memberi jaminan pada tahap tertinggi dalam segala aspek penganjuran telah mendorong untuk FAM mengambil keputusan membatalkan kedua-kedua pertandingan ini yang mana ia satu keputusan yang berat tetapi perlu bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya dari segi keselamatan dan kesihatan pemain.”

Advertisements

FAM turut ingin memberi ruang kepada pasukan-pasukan terlibat melakukan persediaan memandangkan musim baru 2022 dijangka akan bermula seawal Februari depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram