Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Juara Liga Super Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim bakal memulakan kempen Liga Malaysia bertemu dengan Naib Juara Liga Super 2022, Terengganu FC.

Advertisements

Finalis Piala Malaysia 2022 itu sekali lagi akan berentap dalam memburu gelaran juara Piala Sumbangsih. Musim lepas, JDT berjaya menyandang gelaran tersebut apabila menundukkan pasukan KL City dengan keputusan 3-0.

Advertisements

Tahun ini Terengganu bakal turun dengan acuan baru di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner bagi menentang gergasi dari selatan yang juga dibawah kendalian jurulatih baharu, Esteban Solari.

Advertisements

Advertisements

Dalam satu ciapan di Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa aksi JDT Terengganu ini akan dikira sebagai aksi pertama saingan Liga Super Malaysia 2023.

Advertisements

Aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Februari kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram