Piang Shankly: Tabik Hormat JDT, Laju Buat Kerja
Dunia
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Peminat dan pemerhati bola sepak tempatan, Piang Shankly dalam satu hantaran pada semalam mengakui pihak pengurusan JDT amat pantas dalam mencari bakat-bakat tempatan.

Mengulas berkaitan tiga pemain B-19 Terengganu yang dilamar oleh JDT, Piang beranggapan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) seolah-olah tidak peka dalam menjaga bakat-bakat muda di Terengganu.

Advertisements

“TFC tak buat kerja? PBSNT tak pandai jaga team atau kedua-kedua ya sekali? Salute to JDT, laju buat kerja.”

Beliau dalam pada itu turut mengharapkan skuad Piala Belia dan Piala Presiden dapat diserahkan sepenuhnya kepada pasukan Terengganu FC. Ini kerana setakat ini, kedua pasukan ini masih di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu. 

Advertisements

“Anyway, dah boleh serahkan pengurusan Skuad Piala Belia & Piala Presiden kepada TFC demi kesinambungan pembangunan pemain, coach & juga pasukan, tulis Piang Shankly di laman Facebook miliknya.”

“Untuk rekod, kedua-dua pasukan buat masa ini adalah dibawah pengurusan PBSNT. Kedua-dua pasukan telah gagal. TFC IV gagal di peringkat Semi Final & TFC III gagal layak ke Quarter Final. Balik Awal.”

Advertisements

JDT sebelum ini juga pernah melamar beberapa pemain muda dari Kedah. Kini ubi Terengganu pula menjadi sasaran kelab dari selatan itu.

Advertisements

News Comments Account