Pempengaruh terkemuka media sosial, Pinn Yang teruja apabila dapat berkongsi sisi berbeza bintang masa depan Malaysia, Arif Aiman Hanapi.
Beliau yang ditemui oleh Harimau Malaya berkongsi detik manis apabila dapat bertemu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di Johor Bharu.
Pinn Yang sememangnya dikenali ramai kerana aktif menghasilkan konten berkualiti di laman Tiktok dan telah membantu ramai orang secara aktif.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan dua orang insan terpilih telah ditemui oleh Pinn Yang dalam kontennya dalam dihadiahkan jersi yang telah ditandatangani oleh Arif.
Pemain berusia 22 tahun itu telah menunaikan harapan besar remaja yanh dikenali sebagai Farhan untuk ke Stadium Sultan Ibrahim dan menonton aksi bersama adiknya.
Pinn Yang mengakui Arif merupakan individu yang sangat merendah diri dan amat baik hati ketika pertama kali mereka bertemu.
“Saya ada niat untuk belanja orang menonton bola di stadium. Saya dm Arif namun beliau memberitahu bahawa tidak boleh lewat ke latihan. Kita perlu hormat kepada Arif kerana beliau meletakkan latihan sebagai perkara utama.”
“Saya bertemu beliau (Arif) sebelum sesi latihan dan beliau bermurah hati untuk memberikan tandatangannya. Saya memberitahunya bahawa ada kanak-kanak yang menyimpan hasrat untuk bergelar pemain bola sama sepertinya.”
“Saya sejujurnya terkejut melihat sisi rendah diri Arif. Beliau bertanyakan khabar kepada saya. Ini yang saya belajar daripada orang Melayu. Beliau (Arif) sangat baik dan merendah diri” ujarnya kepada Harimau Malaya.
Pinn Yang telah merealisasikan hasrat dua insa untuk ke stadium selain memberikan hadiah berupa jersi yang ditandatangani oleh Arif beserta baucar barangan.