Dunia
Advertisements

Kemelut bayaran gaji tertunggak diantara Piya dan KAFA hampir menjumpai titik penyelesaian apabila kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu ini.

TRW Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memberitahu telah berjumpa dan bersetuju untuk melunaskan bayaran tunggakan gaji Badhri Radzi atau lebih dikenali dengan nama Piya secara ansuran.

81213805 468500173848226 5039804415712690176 o Piya Setuju Terima Tunggakan Gaji Secara Ansuran

Pengarah Urusan TRW Sdn Bhd, Wan Rakemi berkata, ia membuktikan komitmen badan induk itu dalam melunaskan semua tunggakan hutang lapuk yang menyebabkan imej KAFA terus terjejas.

Advertisements

“Sebagai permulaan, kita lunaskan sebahagian bayaran tunggakan gaji bekas kapten TRW itu menggunakan wang hasil jualan tiket.

“Saya amat berterima kasih kepada Piya kerana sudi berbincang dan bersetuju dengan kaedah bayaran ansuran yang telah dicadangkan oleh TRW Sdn Bhd,” katanya.

Sebelum ini pihak Piya dan KAFA seringkali gagal mencapai kata sepakat namun pengurusan baru TRW kali ini berjaya menyakinkan Piya tentang kesungguhan mereka melunaskan baki hutang sebelum ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram