Pogba Dikatakan Punca Mohun Bagan Dibantai KL City
Dunia
Mohun Bagan
Advertisements

Pemain pertahanan tengah pasukan ATK Mohun Bagan, Florentin Pogba mendapat kecaman dan juga respon yang pelbagai daripada para penyokong dan juga media di India susulan prestasi kurang memberangsangkan semalam.

Abang kepada bintang sensasi dunia, Paul Pogba itu merupakan pemain import baharu yang dibawa masuk bagi memantapkan lagi  pasukan untuk bersaing di pentas AFC.

Pertemuan menentang KL City ini juga merupakan aksi kedua buatnya yang turun membantu pasukan di peringkat separuh akhir Antara Zon di Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan, Kolkata.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun itu pernah melaungkan hasrat untuk membantu kelab India tersebut untuk menjadi juara Piala AFC selepas tiada satu pun wakil dari negara tersebut pernah menjulangnya.

“Saya mahu menjadu pemain pertahanan terbaik dan hero di ISL.”

“Saya juga mahu memenangi kejuaraan liga dan Piala AFC.”

Advertisements

Walau bagaimanapun, media di India dan juga para penyokong mula mempersoalkan tindakan ketua jurulatih yang menurunkan pemain tersebut ketika beberapa calon lain dirasakan mampu menggalas tugas dengan baik.

https://twitter.com/samueelosoorio/status/1567505242299801602?s=46&t=G0ajeitYQtLIgMvP25nQ2w

Juan Ferrando bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat memandangkan Pogba berlatih dengan baik dan kelihatan bersedia untuk beraksi.

“Pemin import lain bersedia tetapi peraturan hanya membenarkan kami memilih tiga pemain import.”

Advertisements

“Kami perlu melihat pemain yang lebih penting untuk berada di dalam kesebelasan utama. Ia adalah keputusan teknikal,” jelas Ferrando.

“Kami menurunkan Pogba dan Hamill kerana mereka berlatih dengan baik.”

Walau bagaimanapun, prestasi Pogba mendapat respon yang pelbagai oleh penyokong yang kesal dengan kegagalannya untuk membantu pasukan mengekang asakan KL City sehingga bolos 3 gol semalam.

Advertisements

Sungguhpun berjaya merencanakan gerakan pasukan dengan baik, namun beliau jelas mengalami kesukaran untuk mengekang anak didik Bojan Hodak termasuklah ketika gol pembukaan oleh Paulo Josue.

Ini sekaligus menyebabkan KL City mengesahkan slot ke pentas akhir untuk bertemu wakil Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram