Polis Indonesia Ingin ‘Yuran Keselamatan’,  Perlawanan Kelantan & Riau Mungkin Dibatalkan
Dunia
trwkelantanfc
Advertisements

Perlawanan persahabatan diantara Kelantan FC menentang PSPS Riau mungkin tidak akan diteruskan kerana pihak pengurusan gagal membayar yuran keselamatan kepada pihak polis Indonesia (Polresta Pekan Baru).

Memetik laporan di Instagram PSPS Riau, jumlah yuran yang diminta adalah sebanyak RP 40 Juta (RM 11,821).

Difahamkan, PSPS Riau kesal dengan tindakan pihak Polis yang sepatutnya memberitahu perkara ini dengan lebih awal.

Advertisements

Perlawanan persahabatan tersebut sepatutnya dijalankan petang tadi bersamaan dengan 8 Julai 2022 namun disebabkan hal ini ianya terpaksa dibatalkan. 

PSPS Riau menegaskan pihaknya tidak akan membayar jumlah tersebut dan menganggap ianya suatu perkara ini yang tidak berasas. 

PSPS berharap agar semua peminat mampu bersabar menunggu keputusan akhir sehingga diberitahu.

Advertisements

“Mengenai perkara ini, kami dari pihak pengurusan PSPS Riau menyatakan bantahan kerana ini tidak berasas.

 “Kemungkinan besar perlawanan itu tidak akan diadakan.  Kami berharap semua rakyat dan peminat PSPS Riau bersabar,” dipetik daripada kenyataan di laman sosial Instagram PSPS Riau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram