Polis Thailand Beri Amaran Xabi Alonso ‘Palsu’ Giat Pancing Wang
Hiburan
Bayern 04 Leverkusen
Advertisements

Terdapat berita aneh mengenai skim penipuan dalam talian melibatkan jurulatih Bayern Leverkusen, Xabi Alonso yang meminta wang di laman media sosial ketika ini.

Individu yang menyamar sebagai Xabi Alonso telah meminta wang sumbangan sebanyak 300 baht bersamaan dengan RM40 menerusi Instagram bertujuan untuk membeli tiket penerbangan ke bandar Liverpool.

Perkara tersebut ekoran Jurgen Klopp yang bakal meletak jawatan pada akhir musim ini lalu nama Xabi Alonso dikaitkan sebagai pengurus baharu Liverpool memandangkan beliau merupakan bekas pemain The Reds.

Advertisements

Skim penipuan tersebut berlaku di Thailand dan pihak polis Thailand telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu tersebut menurut Sport Bible.

“Pihak polis ingin mengingatkan kepada mana-mana individu jika terdapat mesej yang mencurigakan yang meminta wang atau meletakkan pautan, ianya adalah sebuah penipuan. Jangan memberikan wang atau menekan pautan tersebut. Sekat dan jangan cuba untuk berkomunikasi dengan segera.” umum pihak polis Thailand.

“Bertenang penyokong Liverpool, Xabi Alonso belum sah menjadi pengurus Liverpool tetapi sudah muncul scammer.” jelas pihak polis di laman Facebook.

Advertisements

Berita aneh tersebut kemudian tersebar luas di laman media sosial yang menganggap cubaan menipu wang menggunakan nama Xabi Alonso sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal.

Xabi Alonso ketika ini membimbing Bayern Leverkusen yang berada ditangga pertama Bundesliga setelah mengumpul 49 mata dan dibezakan dua mata dengan Bayern Munich.

Liverpool pula sedang mempersiapkan pengganti Jurgen Klopp untuk musim hadapan setelah jurulatih kelahiran Jerman tersebut membuat pengumuman peletakan jawatan pada minggu lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram