Polking Percaya Thailand Dah Buat Sehabis Baik
Dunia
changsuek
Advertisements

Kesilapan mengatur para pemain Thailand di atas padang merupakan faktor utama kekalahan Thailand kepada Malaysia dalam aksi King’s Cup semalam. Perkara itu diakui sendiri oleh pengendali Thailand, Mano Polking.

Kekecewaan jelas terserlah di wajah pengendali berusia 46 tahun itu. Polking berkata dia berasa sangat kecewa dengan kekalahan kepada Malaysia dan ingin memohon maaf kepada penyokong setia Thailand yang setia menunggu sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Menurut laporan dari Khaosod, Polking sedar Malaysia beraksi lebih baik di separuh masa pertama. Namun Thailand mempamerkan corak permainan menarik di separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan. Dan untuk sepakan penalti, Malaysia jelas bernasib baik apabila berjaya melakukannya berbanding Thailand.

Advertisements

“Separuh masa kedua kami (Thailand) mempunyai banyak peluang. Jika kita mendapat gol sebelum minit akhir. Mungkin kita tidak akan tewas. Bagi Suphanat Mueanta, dia bermain dengan sangat baik pada separuh masa kedua.”

Kini tumpuan Thailand terarah kepada penentuan tempat ketiga King’s Cup dengan menentang Trinidad & Tobago 25 September ini yang berada di ranking lebih tinggi berbanding semua pasukan yang beraksi di kejohanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram