Porto Amat Perlukan  Sanusi
Dunia
Porto FC
Advertisements

Bintang gergasi Eropah, Porto FC, Zaidu Sanusi terus mendapat kepercayaan pasukan untuk kekal berkhidmat lebih lama.

Pemain kelahiran Nigeria ini cemerlang membantu bekas juara UCL ini untuk terus mendominasi Liga Portugal sejak kebelakangan ini.

Malah, mereka telah pun menawarkan kontrak lanjutan kepada pemain berusia 25 tahun ini untuk kekal lebih lama di Estádio do Dragão.

Advertisements

Menurut beberapa laporan dari Eropah, Sanusi telah pun selesai menandatangani kontrak lanjutan selama 5 tahun sehingga 2027.

Malah, Presiden kelabnya, Jorge Nuno Pinto da Costa mengganggap beliau memainkan peranan yang sangat hebat ketika ini.

“Kita hanya akan memperbaharui kontrak pemain yang penting buat pasukan sahaja,” jelasnya.

Advertisements

Sanusi sudah pun membuat 91 penampilan dalam kesemua perlawanan bersama Porto setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram