Posisi Asal Jordan Mintah Diubah Jurulatih Filipina
AFC Cup
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Stallions Laguna, Ernest Nierras memberitahu bahawa beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mengubah posisi pertahanan penyerang Terengganu, Jordan Mintah kepada penyerang.

Pengendali berpengalaman itu teruja bertemu dengan wakil Malaysia itu di pentas Piala AFC 2023 sungguhpun tewas dua aksi pembukaan berdepan Bali United dan Central Coast Mariners.

Beliau bagaimanapun optimis untuk memacu cabaran pasukannya dan mahu memastikan Terengganu tidak memperoleh jalan mudah sungguhpun beraksi di laman sendiri.

Advertisements

Nierras menyatakan keterujaan untuk melihat bekas pemainnya beraksi di Liga Malaysia bersama Terengganu FC iaitu Jordan Mintah.

Jurulatih berpengalaman itu juga merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mengubah posisi Mintah daripada pertahanan kepada penyerang.

“Kamu tahu sebenarnya Jordan Mintah itu bekas pemain saya di Stallions. Saya yang bertanggungjawan mengubah posisi dia dari pertahanan kepada penyerang.”

Advertisements

“Sebab itulah kamu melihat dia (Mintah) bermain sebagai penyerang,” jelasnya pada sesi sidang media pra perlawanan kepada Astro Arena.

Penyerang berusia 28 tahun itu difahamkan bermula selaku pertahanan kiri sebelum pengendali itu membuat keputusan berani untuk meletakkan beliau sebagai penyerang utama pasukan.

Mintah bagaimanapun menjadi pilihan ketiga penyerang di belakang Ivan Mamut dan Adisak Kraisorn dengan lebih banyak beraksi buat skuad kedua Terengganu di Piala MFL.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram