Ads
Asia
Terengganu FC

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak memandang rendah keupayaan kelab Filipina, Stallion Laguna.

Advertisements

Dalam dua perlawanan Kumpulan G Piala AFC, The Stallions sudah tewas dua kali berturut-turut.

Advertisements

Selepas tewas 5-2 kepada Bali United, mereka kemudiannya dibelasah 9-1 oleh juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners.

Advertisements

Advertisements

Biarpun tewas dengan jumlah jaringan yang besar, Steinbruckner menyifatkan Stallion akan berjuang habis-habisan bagi mendapatkan gol.

Justeru, beliau berharap skuad Peteh bijak mengawal permainan bagi membolehkan mereka meraih tiga mata esok.

Advertisements

“Anda tahu perkara ini yang paling sukar selepas pasukan lain berjaya mendapatkan mata. Bila saya melihat perlawanan mereka sebelumnya, mereka kalah 9-1 (kepada Central Coast Mariners). Sebelumnya, mereka tewas 5-2 kepada Bali United.

“Tapi dalam tempoh 30 minit pertama, mereka berjuang (memburu gol). Jadi, kita kena bersabar dan kita tahu kita mempunyai kualiti untuk bermain 90 minit.

“Kita bermain di tempat sendiri dan kita mempunyai pemain-pemain yang berada pada tahap terbaik untuk meraih tiga mata esok,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Advertisements

Terengganu bakal melayan kunjungan Stallion di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok. Jika mereka menang, skuad Peteh berpeluang menjadi pendahulu Kumpulan G.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram