Advertisement
Posisi Penjaga Gol Nombor Satu Malaysia Sukar Digugat
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persediaan Malaysia menuju ke pentas tertinggi bola sepak Asia dilihat berada pada landasan terbaik selepas posisi penjaga gol menunjukkan kualiti yang tersendiri daripada pesaingnya.

Persaingan merebut tempat pada setiap possi berlangsung cukup sengit tatkala beberapa penjaga gol mula menunjukkan potensi sebenar.

Menerusi satu komen oleh pengurus kelab Selangor Elit, Jazli Rahimi dalam rancangan Nindia Bola, beliau menyifatkan Syihan sebagai watak penting di JDT musim ini.

Persembahan penjaga gol JDT berusia 27 tahun itu terus mencuri tumpuan apabila aksi cemerlangnya pada pentas akhir Piala FA menyaksikan pasukannya berjaya mengekalkan mahkota kejuaraan.

“Persembahan Syihan sangat cantik dan cemerlang dan sudah pasti memberi kebaikan buat Harimau Malaya,” jelasnya kepada pengacara Nindia Bola, Hafizal Hamad.

Bekas pemain Negeri Sembilan menjadi watak penting buat pasukan bimbingan Tano Solari apabila hanya dibolosi tiga gol dalam 17 perlawanan Liga Super.

Anak jati Kelantan ini juga merupakan tunjang utama buat Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon sehingga membawa kepada kejayaan Harimau Malaya ke Piala Asia.

Beliau dijangka akan terus mengemudi benteng terakhir negara tatkala Malaysia diundi dalam kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.