Posisi Pertahanan Kanan Harimau Malaya Dilimpahi Pemain Berbakat
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang sepak mula Isnin ini bagi saingan Piala AFF, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan senarai akhir 24 orang pemain yang bakal menggalas tugas mengetuai cabaran negara dalam kejohanan tersebut.

Namun begitu, tumpuan lebih terarah kepada posisi pertahanan kanan pasukan apabila jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe bertindak untuk membawa 4 orang pemain di posisi tersebut.

Sungguhpun pada edisi kali ini, Cheng Hoe telah melakukan satu tindakan di luar jangkaan apabila membuat keputusan untuk tidak membawa pertahanan kanan utama pasukan, Matthiew Davies telah menimbulkan tanda tanya para penyokong tanah air.

Advertisements

Ketiadaan pemain yang mesra disapa ‘Mat Davies’ ini telah membuka ruang buat pemain lain untuk mengisi kekosongan tersebut dalam usaha untuk membentuk barisan pertahanan ampuh bagi mengekang cabaran pasukan lain.

Bekas pemain pertahanan Selangor FC, Syahmi Safari yang sudah sinonim dengan pasukan masih mendapat kepercayaan Cheng Hoe selain bekas kereta kebal Kedah Darul Aman, Rizal Ghazali turut mendapat peluang susulan persembahan mantapnya ketika perlawanan persahabatan di Amman, Jordan sebelum ini.

Selain itu, pemain pertahanan bawah 23 tahun negara, Quentin Cheng juga diberi peluang kali ini setelah memainkan peranan luar biasa ketika membantu kempen kelayakan Piala Asia di bawah kendalian Brad Maloney selain beraksi dalam semua perlawanan di peringkat kelab bersama Penang FC musim ini.

Advertisements

Satu lagi nama yang sedang dinantikan oleh penyokong Harimau Malaya ialah kelibat Dion Cools yang turut mendapat panggilan sungguhpun baru sahaja pulih daripada kecederaan. Beliau telah memainkan peranan yang cukup memberangsangkan walaupun diletakkan selaku pertahanan tengah ketika beraksi sebelum ini.

Ini juga menimbulkan tanda tanya tentang individu yang bakal menggalas tugas selaku pertahanan utama di bahagian kanan kerana kualiti yang dimiliki oleh keempat-empat pemain ini sememangnya penting bagi memastikan kestabilan pada posisi tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram