Advertisement

Follow us:

Pra-Musim 2023: JDT Tewas Kepada Zenit

Diogo JDT 2 Pra-Musim 2023: JDT Tewas Kepada Zenit
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Nik Faris
@nikfalovic
11:53pm 06/02/2023
Pivo

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas dalam aksi terakhir pra-musim 2023 kepada gergasi Eropah, Zenit St Petersburg.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Maktoum bin Rashid Al-Maktoum itu menyaksikan terdapat perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Namun begitu, JDT dilihat sukar menandingi kehebatan lawan apabila bolos seawal minit ke-10 menerusi jaringan pemain kelahiran Brazil, Rodrigão.

Tersentak dengan jaringan itu, anak didik Tano Solari cuba bangkit namun terus dihukum oleh Zenit menerusi gol kedua hasil penyudah bekas bintang Barcelona, Malcom.

Gol ketiga juara empat kali Liga Rusia ini hadir menerusi Daniela Kozlov yang sempat menyentuh bola melepasi kawalan Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, beberapa pertukaran menyaksikan JDT kembali menyeimbangi perlawanan namun sukar untuk menghasilkan jaringan.

JDT berpeluang meledak jaringan namun sepakan penalti Safiq Rahim tidak tepat ke sasaran.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dan menyaksikan JDT tumpas 3-0 pada perlawanan ini.

Sepanjang aksi pra-musim, JDT mencatatkan tiga kemenangan dan dua tewas sebelum kembali ke Malaysia bagi persediaan Liga Super.