Pra-Musim 2023: KL City Ikat Negeri Sembilan
Persahabatan
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan terus mempergiat persiapan pra-musim mereka menjelang saingan Liga Super. Ini selepas mereka diikat juara Piala Malaysia musim 2021, KL City 1-1 dalam aksi pra-musim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Babak pertama menyaksikan anak-anak buah K. Devan diperkuat Levy Madinda, Herold Goulon dan Ezechiel Ndouasel dilihat mampu menyaingi anak-anak buah Bojan Hodak. Walaupun diperkuat duo penyerang berbisa Herlison Caion dan Tchetche Kipre, keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Filemon Anyie pada minit ke-48. Filemon membuat satu hantaran mengelirukan yang menewaskan penjaga gol City Boys, Azri Ghani.

Advertisements

Tersentak, tuan rumah bangkit memburu gol penyamaan. Penantian mereka berakhir apabila Kipre meledakkan gol penyamaan pada minit ke-82. Kedua-dua pasukan berusaha mencari gol kemenangan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun seri, Negeri Sembilan kelihatan lebih kuat dengan kehadiran Madinda dan Ndouasel dalam kesebelasan utama mereka. Devan pastinya berharap keserasian ini dapat dicapai sebelum perlawanan pertama liga mereka dengan Sri Pahang pada 26 Februari.

Bagi KL City pula, rentak kesebelasan utama mereka perlu diperkemas terutama di bahagian serangan. Hal ini perlu diatasi segera sebelum perlawanan liga pertama mereka menentang Penang pada 25 Februari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram