Ads
Dunia
Sabah FC

Sabah terus memantapkan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Super yang bakal bermula pada akhir bulan ini. Ini selepas skuad Badak membelasah kelab Liga Perdana Singapura, Geylang International 6-0 dalam aksi pra-musim di Stadium Likas hari ini.

Advertisements

Sebaik sepak mula, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mula mengasak The Eagles. Dan tuan rumah tidak menunggu lama berada di depan menerusi jaringan bek tengah Brazil, Gabriel Peres pada minit kesembilan.

Advertisements

Tersentak, anak-anak buah Mohd Noor Ali cuba bangkit. Malangnya, mereka dibolosi lagi buat kali kedua oleh tuan rumah kali ini menerusi pemain pinjaman JDT, Daniel Ting pada minit ke-12.

Advertisements

Advertisements

Sabah seterusnya hampir menambah gol ketiga menerusi Saddil Ramdani selepas berjaya melepasi penjaga gol Geylang. Bagaimanapun, cubaannya melambungkan bola ke arah gol mereka tidak mengenai sasaran. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, tuan rumah menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti Darren Lok pada minit ke-53. Saddil menebus kehampaan pada babak pertama menerusi gol keempat pada minit ke-67.

Advertisements

Pemain veteran Amri Yahyah menambah derita pasukan pelawat menerusi dua gol untuk skuad Badak pada minit ke-76 dan 91. Keputusan 6-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan perlawanan ini walaupun bersifat pra-musim menunjukkan Sabah sudah bersedia menghadapi saingan Liga Super yang akan bermula pada akhir Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram