Pra-Musim 2023: Sabah Terus Gah Tewaskan Tampines Rovers
Persahabatan
Sabah FC
Advertisements

Sabah memberi amaran awal kepada pasukan-pasukan Liga Super bahawa mereka pasukan yang patut digeruni. Ini selepas skuad Badak berjaya mengatasi kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Tampines Rovers di Stadium Likas hari ini.

Sebaik sepak mula, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mula mengasak pasukan pelawat. Kesungguhan mereka berhasil apabila mereka dianugerahkan sepakan penalti seawal minit keempat. Gabriel Sara mudah menyempurnakan penalti tersebut bagi meletakkan Sabah di hadapan.

Skuad Badak menggandakan jaringan menerusi gol Saddil Ramdani pada minit ke-26. Tuan rumah berusaha menambah jaringan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Selepas rehat, Tampines Rovers cuba bangkit. Malangnya, tuan rumah menambah derita mereka menerusi gol penyerang kebangsaan, Darren Lok pada minit ke-63. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan dalam aksi pra-musim terakhir ini dilihat tonik terbaik Sabah dalam mendepani PDRM untuk perlawanan pertama Liga Super pada 25 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram