Pra-Musim 2023: Terengganu Mudah Tewaskan Bangkok FC
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Selepas seri 1-1 dengan Rajpracha semalam, Terengganu mencatat kemenangan pertama dalam program pra-musim mereka di Thailand. Anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mudah menundukkan Bangkok FC 2-0 hari ini.

Dengan lawan beraksi di divisyen tiga Thailand, tidak hairanlah skuad Penyu mendominasi babak pertama. Bagaimanapun, ketumpulan barisan serangan mengakibatkan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Pada babak kedua, Terengganu memperkemaskan rentak dan berjaya membolosi lawan mereka sebanyak dua kali. Dua gol mereka disumbang oleh penyerang Croatia, Ivan Mamut (minit ke-73) dan pemain tengah Bahrain, Habib Haroon (minit ke-79). Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Begitupun, ramai penyokong Peteh yang menonton perlawanan itu merasakan dengan status lawan yang menduduki divisyen tiga Thailand, bilangan jaringan sepatutnya lebih besar.

Ketumpulan barisan serangan Terengganu ini perlu diatasi segera oleh Steinbruckner. Ini kerana lawan mereka seterusnya ialah kelab Superliga Denmark, Odense BK pada 12 Februari ini sekaligus menjanjikan cabaran lebih hebat buat anak-anak buahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram