Premier League: Aston Villa Ajar Manchester United Cara Bermain Bola
EPL
MakanBola
Manchester United
Advertisements

Manchester United gagal mengejar Newcastle United di tangga keempat EPL selepas tewas mengejut 3-1 kepada Aston Villa.

Villa yang dibimbing jurulatih baru Unai Emery mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Leon Bailey.

Advertisements

Tuan rumah terus melebarkan kedudukan menerusi jaringan cantik bek kiri Lucas Digne pada minit ke-11.

Tetapi sebelum rehat, United berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan bek kiri mereka, Luke Shaw pada minit ke-44.

Advertisements

Selepas rehat, Villa sekali lagi menjarakkan kedudukan menerusi gol Jacob Ramsey pada minit ke-49.

United memasukkan Anthony Elanga, Anthony Martial dan Tyrell Malacia sebagai pemain gantian untuk mengejar gol penyamaan. Tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Red Devils ketinggalan empat mata di belakang Tottenham di tangga kelima liga dengan 23 mata.

United bakal berdepan Fulham di Craven Cottage pada 14 November ini. Sementara Aston Villa pula berkunjung ke Stadium Amex menentang Brighton pada 13 November.

Advertisements

News Comments Account